Tuesday, November 9, 2010

LATAR BELAKANG ORGANISASI

Kijang Kuari Sdn Bhd adalah penaraju industri pengkuarian yang mengeluarkan produk kuari, premix dan pembinaan jalan. Dengan pemkembangan yang pesat di dalam pelaburan di dalam sektor pembinaan dan pembuatan, menerajui kepada peningkatan yang menggalakkan di dalam industri.

Bagi memastikan bekalan yang berterusan, Kijang Kuari Sdn Bhd adalah syarikat PKINK, berkebolehan pengeluaran produk kuari sebanyak 100,000 matrik tan sebulan. Sebagai sebuah kuari yang mempunyai Std ISO 900:2000 di dalam operasi kuari dan pengeluaran premix, kuari yakin produk yang dikeluarkan adalah yang terbaik.

Sejarah awal syarikay ini bernama Gading Galoh Kuari. PKINK membeli penuh syarikat tersebut dan menukarkan nama kepada Kijang Kuari Sdn Bhd (KKSB). KKSB ditubuhkan pada 1976 dan mula beroperasi pada 24 Disember 1979 dengan bermodalkan modal berbayar sebanyak RM2.8 Juta dan modal yang diiktiraf bernilai RM3 Juta. Syarikat ini didaftarkan di alamat PKINK, Tingkat 4, Kota Bharu.

Syarikat ini pada mulanya beroperasi di Kelantan Trade Centre (KTC), Tingkat 8 di Kota Bharu Kelantan. Pada 21 Julai 2010 syarikat ini mula berpindah di Kok Lanas, Tingkat 1, Kompleks Saidina Ali, Ketereh Kelantan. Kuari syarikat ini terletak di Bukit Buluh, Machang Kelantan dengan keluasan 3 ekar. Antara akaun bank yang digunakan oleh Kijang Kuari Sdn Bhd adalah Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan CIMB.